Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menyifatkan serangan ke atas minoriti Rohingya di Myanmar adalah satu genosid.

Dalam temu bual dengan saluran televisyen Perancis, TMC, Macron berkata, negaranya akan bekerjasama dengan anggota lain Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengecam ‘pembunuhan beramai-ramai’ itu.

Penggunaan perkataan genosid oleh Macron menandakan serangan lisan paling tegasnya setakat ini terhadap tindakan tentera Myanmar ke atas Rohingya.

Lebih 420,000 anggota etnik minoriti Islam itu melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh.

“Kita perlu mengutuk pembersihan etnik yang sedang berlaku dan bertindak meminta keganasan ditamatkan, meminta akses kemanusiaan secara progresif boleh dipertingkat di bawah seliaan PBB.

“Apabila PBB mengeluarkan kecaman, ada akibatnya yang boleh menjurus kepada satu rangka kerja untuk campur tangan di bawah badan berkenaan,” kata Macron.

Ketua hak asasi manusia PBB menggambarkan serangan sistematik ke atas minoriti Rohingya oleh pasukan keselamatan sebagai satu ‘contoh jelas pembersihan etnik.’

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *