KUALA LUMPUR, Tiga individu termasuk pasangan suami isteri dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah ekstasi dan heroin ditahan dalam dua operasi berasingan pada Jumaat dan awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Adnan Azizon berkata, serbuan pertama Jumaat lalu di sebuah kondominium yang didiami oleh pasangan suami isteri warga China dan Vietnam masing- masing berusia 46 dan 26 tahun menyaksikan 2,900 biji pil ekstasi ditemukan dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

Manakala satu lagi serbuan berhampiran Berjaya Time Square semalam menyaksikan lebih sembilan kilogram heroin yang diletakkan dalam sebuah kereta ketika seorang lelaki berusia 20 tahun mengambil dadah tersebut dalam sebuah kereta Nisan Sylphy.

“Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ni.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *