Senat Colombia, kelmarin telah meluluskan perjanjian damai yang disemak semula antara kerajaan dan kumpulan pemberontak, Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC).

Perjanjian itu diluluskan selepas mendapat sokongan 75-0 dalam satu sesi yang turut diboikot ahli pembangkang yang bertindak keluar dari dewan terbabit.

Difahamkan, ia perlu mendapat kelulusan Dewan Rakyat sebelum dikuatkuasakan sepenuhnya.

Perjanjian baharu itu dimeterai selepas versi asal ditolak rakyat melalui referendum pada 2 Oktober lalu.

Minggu lalu, kerajaan Colombia dan FARC kembali ke meja rundingan di Havana untuk menyemak semula kandu-ngan perjanjian tersebut yang didakwa terlalu ‘berlembut’ dengan kumpulan pemberontak tersebut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *