Perayaan Ponggal yang diraikan masyarakat India di negara ini banyak membantu kaum berkenaan mengubah sikap serta pemikiran negatif kepada positif.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masyarakat India di negara ini khususnya di Parlimen Bagan Datuk secara jelas telah melakukan transformasi mengubah pemikiran yang sempit kepada yang lebih luas.

“Semangat Ponggal sudah lama berada di dalam negara ini dan masyarakat India di Bagan Datuk telah memperlihatkan bagaimana transfomasi yang dilakukan mereka membuktikan anak-anak India di daerah ini maju bersama bangsa lain.

“Ia dibuktikan dengan kejayaan mereka menjadi ahli-ahli profesional seperti doktor, jurutera serta akauntan,” katanya ketika berucap merasmikan Program ‘Ponggu Tamil’ di Hutan Melintang, malam semalam.

Ahmad Zahid turut menekankan bahawa sumbangan masyarakat India di negera ini sejak sekian lama juga amat besar dalam pelbagai bidang termasuk kemerdekaan negara.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *