Share on Facebook

Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan selamat kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-78, hari ini.

Perdana Menteri turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup Perdana Menteri kelima itu.

“Selamat Hari Lahir, Pak Lah! Semoga dikurniakan kesihatan dan dalam perlindungan Allah SWT sentiasa,” katanya pada laman Twitter rasminya, malam ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang juga menantu Pak Lah tidak ketinggalan memuat naik status ucapan selamat hari lahir untuk bapa mentuanya di Twitter.

“Happy birthday Pak Lah. May Allah SWT bless you always (Semoga dirahmati Allah sentiasa),” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *