Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin kesal dan amat sedih apabila negara-negara Islam membisu tentang keganasan dilakukan terhadap umat Islam di Arakan, Myanmar.

Katanya, keadaan di negara itu semakin teruk apabila golongan wanita dan gadis dirogol sementara lelaki dan kanak-kanak dibunuh setiap hari tanpa mengenal perikemanusiaan.

Beliau turut mempersoalkan peranan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) terhadap isu kesengsaraan yang menimpa etnik Rohingya di Myanmar termasuk kuasa-kuasa besar lain yang sering melaungkan keamanan sejagat.

“Umat Islam di negara itu cuba dihapuskan secara kejam iaitu dibunuh dan kediaman mereka dibakar setiap hari,” katanya semasa menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Alwi di sini malam Rabu.

Beliau berkata jika orang bukan Islam dianiaya sedemikian, masyarakat di seluruh dunia termasuk umat Islam pasti membantah, inikan pula apabila sesama Islam yang menjadi mangsa.

Jika ada laungan simpati terhadap kekejaman itu yang kedengaran ketika ini, ia hanya di peringkat badan-badan bukan kerajaan (NGO) sahaja.

Sehubungan itu, Mohd Asri berkata pihaknya telah mengedar surat kepada semua masjid di negeri ini meminta diadakan qunut nazilah setiap kali selepas solat fardu memohon diselamatkan umat Islam di Myanmar daripada kekejaman tentera di negara tersebut.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *