Pelakon Zara Zya terkejut apabila timbul gosip kononnya dia diintai seorang lelaki bergelar Datuk yang ingin mendekatinya.

Zara, 32, berkata, dia juga tidak tahu siapa sebenarnya identiti lelaki dimaksudkan dan hanya mengetahui mengenai perkara itu menerusi laporan ruangan gosip sebuah akhbar mingguan baru-baru ini.

“Saya pun tak tahulah Datuk mana yang ingin berkenalan dan sedang memerhatikan saya di laman sosial seperti diperkatakan.

Zara kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Hola Hermosa.

“Hendak juga saya tahu siapa individu dimaksudkan itu tetapi setakat ini tiada pula saya dapat panggilan atau mesej daripada sesiapa yang ingin berkenalan dengan saya,” katanya dipetik sebagai berkata.

Zara mengulas mengenai gosip kononnya dia menjadi perhatian seorang Datuk bergelar ahli perniagaan yang meminatinya sejak dia muncul dalam drama berjudul Kerana Anisa.

Malah lelaki berkenaan dikhabarkan mula meminta pegawai peribadinya mengintai Instagram Zara semata-mata ingin memantau aktiviti harian wanita itu.

Dalam pada itu, Zara berkata, dia tidak mengambil terlalu serius mengenai perkara itu kerana merasakan ia gosip biasa yang perlu dilalui oleh seorang artis.

“Saya hendak komen lebih pun saya sendiri tak tahu siapa orangnya dan saya pun tak mahu terlalu memikirkannya kerana nama pun gosip,” ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Zara berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Hola Hermosa untuk siaran RTM.

Katanya lagi, dia juga akan berangkat ke Mexico selama tiga minggu untuk menjalani penggambaran drama itu di negara tersebut.

“Drama bersiri ini sebanyak 26 episod dan ia sangat menarik kerana ia mempunyai tiga kisah berbeza yang akan membuatkan penonton tertarik.

“Baki penggambaran akan dilakukan di Mexico dan Insya-Allah kami akan berangkat dalam masa terdekat,” ujarnya.

Selain itu, Zara berkata, dia juga baharu selesai menjalani penggambaran telefilem berjudul Cupid bersama Hisyam Hamid untuk siaran Astro.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *