KUALA LUMPUR, Bintang sensasi, Fathia Latiff menjelaskan tindakannya mengerjakan solat dalam kereta seperti yang dipaparkan di Insta Story sebagai urusannya dengan Allah.

Tegas pelakon drama rantaian Ariana Rose ini, dia tidak sedar aksinya sedang bersolat itu dirakam rakannya yang juga pendandan rambut selebriti, Ridzokumura.

“Apa yang saya buat itu adalah urusan saya dengan Allah. Saya kerjakan solat itu pun kerana Allah dan bukannya kerana manusia.

“Saya juga tidak sedar aksi saya itu dirakam,” dipetik sebagai berkata.

Semalam, laman sosial kecoh apabila netizen mempersoalkan tindakan Fathia bersolat dalam kereta ketika hendak menghadiri pertunjukan fesyen anjuran Primavalet di ibu negara.

Rata-rata netizen berpendapat perkara itu tidak seharusnya berlaku selain boleh mengundang kekeliruan.

Mereka berpendapat faktor keadaan yang tidak dianggap darurat selain kemungkinan tempat yang dituju Fathia mempunyai kemudahan surau, sepatutnya menjadi pertimbangan aktres itu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *