Dengan hanya satu kad yang diperlukan, anda boleh menggunakan semua perkhidmatan bas dan rel di Lembah Klang, dan meletakkan kenderaan di hampir 4,000 lokasi di stesen trasnit.

Dua terminal bersepadu turut akan memudahkan perjalanan tanpa perlu mengharungi kesesakan lalu lintas.

Ia merupakan antara perkara yang dalam dilihat pengguna pengangkutan awam dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Menurut laporan Perjalanan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (PTPAD) 2010-2015 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin, sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) akan diperkenalkan pada 2018.

ICPS merupakan sistem tiket bersepadu yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang bertujuan untuk membolehkan perjalanan membabitkan kesemua rangkaian bas, rel, metro dan monorel dengan menggunakan satu kad pintar.

Menurut maklumat di laman web SPAD, pengguna yang menggunakan ICPS dapat menjimatkan wang, terutama diskaun istimewa yang akan diberikan kepada produk tertentu, yang bersesuaian dengan kumpulan pengguna pengangkutan masing-masing.

Suruhanjaya itu menjangkakan anggaran sejuta penumpang menggunakan ICPS setiap hari pada tahun pertama ia beroperasi.

Laporan itu turut memberitahu bahawa sebanyak 3,955 lokasi tempat letak kereta akan disediakan menjelang 2019 bagi memudahkan akses pengguna bagi perkhidmatan rel.

“Kira-kira 30 stesen ‘Park-n-Ride’ akan diwujudkan di sekitar bandar raya yang tertumpu di kawasan kepadatan tinggi menjelang 2019,” menurut laporan tersebut.

Kerajaan juga bakal mewujudkan dua lagi terminal iaitu Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sungai Buloh (TBSB) yang dijangka siap menjelang 2020.

Kedua-dua terminal ini akan menghubungkan rangkaian bas dan rel.

Pembinaan TBG dan TBSB akan dibangun dan dikendalikan oleh pihak swasta berbeza dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *