Ancaman yang semakin meningkat menyebabkan saintis merumuskan formula untuk mencegah kematian terumbu karang yang boleh menjejaskan populasi hidupan marin.

Menurut laporan Science World, pakar telah mencari teknik yang mungkin dapat menyelamatkan terumbu karang tersebut.

Penyelaras bagi Pemerhati Terumbu Karang di Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA), Mark Eakin memberitahu, kebanyakan terumbu karang mengalami pelunturan walaupun bukan pada setiap tahun dan ia bergantung kepada fenomena pemanasan global yang berterusan.

“Kira-kira 93 peratus telah meluntur.

Teknik paling mudah untuk menangani masalah ini dengan cara menangani krisis pemanasan global yang telah meningkatkan suhu air sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Bagi ahli biologi batu karang di Institut Biologi Marin, Ruth Gates, jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menghasilkan baka baharu terumbu karang yang mempunyai toleransi tinggi terhadap tekanan.

Menurutnya, cara itu membolehkan Great Barrier Reef bertahan dengan perubahan suhu yang drastik.

Seorang lagi saintis marin di Southern Cross University, Peter Harrison turut tampil dengan idea lain untuk menyelamatkan terumbu karang.

“Kita boleh menggunakan cara mengepam keluar sperma dan telur terumbu karang yang sihat di kawasan yang terjejas,” ujarnya.

Sementara itu, pakar perlindungandan pemuliharaan alam sekitar, Philippe Cousteau mencadangkan supaya melakukan pemindahan serpihan mikro untuk menggantikan bahagian terumbu yang telah musnah.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *