AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya lapan orang dikhuatiri terbunuh dalam satu serangan di sebuah rumah milik seorang ahli parlimen Afghanistan di Kabul, kelmarin.

Pegawai keselamatan mengesahkan, serangan dilakukan pada lewat malam dan menyasarkan kediaman Mir Wali.

“Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk anak ahli parlimen dari Kandahar, tiga pengawal keselamatan dan empat ahli keluarga Mir Wali terkorban dalam serangan tersebut,” menurut pegawai itu.

Sementara itu, sumber lain mendedahkan, sekurang-kurangnya tiga lelaki bersenjata bertindak memecah masuk rumah Mir Wali sebelum salah seorang daripada mereka meletupkan bahan letupan untuk membuka jalan kepada rakannya bagi memulakan serangan.

Kumpulan militan Taliban dalam satu kenyataan, mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan terbabit dan mendakwa anggotanya telah menyerbu sebuah rumah untuk mengganggu perhimpunan penting pegawai keselamatan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *