Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo melengkapkan gelaran Pemain Terbaik Fifa 2016 sekaligus trofi yang keempatnya pada malam Anugerah Bola Sepak Fifa yang berlangsung di Zurich, Switzerland awal pagi Selasa.

Pemain antarabangsa Portugal itu berada dalam tiga senarai terakhir anugerah tersebut bersama pemain Barcelona, Lionel Messi dan Antoine Griezman (Atletico Madrid).

Bagaimanapun pemain berusia 31 tahun itu terus menjadi pemain pilihan selepas turut menerima anugerah Ballon d’Or bulan lalu sekaligus mengatasi pencapaian Messi yang dianggap pesaing utamanya.

Messi tidak hadir pada anugerah tersebut berikutan komitmennya bersama kelab.

Jelas Ronaldo, secara peribadinya, pencapaian ini sukar dipercayai. “Sangat luar biasa dan saya tidak akan melupakan tahun ini. Saya sangat gembira. Terima kasih kepada semua dan tidak ada apa lagi yang boleh saya luahkan.

“Saya terlalu gembira namun simpati sesetengah orang dari Barcelona tidak ada sini, dan memahaminya,”ujarnya selepas menerima anugerah itu.

Tambah Ronaldo: “Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih. Juga kepada keluarga, ibu saya serta semua staf yang telah memberi seratus peratus komitmen kepada saya.

“2016 adalah yang terbaik dalam karier saya. Timbul perasaan sangsi, tetapi akhirnya saya yakin trofi adalah jawapan kepada segala persoalan”.

Bekas pemain Manchester United itu menjadi pilihan selepas tampil luar biasa sepanjang 12 bulan tahun lalu dengan membantu Portugal menjuarai Euro 2016, Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA.

Ronaldo mencatat rekod 55 gol dalam 57 perlawanan untuk kelab dan negaranya.

Sebagai rekod, Ronaldo turut menggondol trofi terbaik ini pada tahun 2008, 2013 dan 2014.

Senarai penuh pemenang Anugerah Bola Sepak Fifa 2016:

Pemain Lelaki Terbaik: Cristiano Ronaldo

Pemain Wanita Terbaik: Carli Lloyd

Jurulatih Lelaki Terbaik: Claudio Ranieri

Jurulatih Wanita Terbaik: Silvia Neid

Fair Play: Atletico Nacional

Outstanding Career:Falcao

Anugerah Puskas: Puskas Award – Mohd Faiz Subri

Penyokong Kelab Terbaik: Borussia Dortmund dan Liverpool

FIFAPro World11 – Manuel Neuer, Dani Alves, Marcelo, Gerard Pique, Sergio Ramos, Andres Iniesta, Toni Kroos, Luka Modric, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Luis Suarez

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *