Anda di sini!
Utama > Ekonomi > RM1 Juta Untuk Usahawan Sarawak Mulakan Perniagaan

RM1 Juta Untuk Usahawan Sarawak Mulakan Perniagaan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyediakan peruntukan RM1 juta dalam bentuk geran bantuan di bawah program BizGrant SSM khusus untuk usahawan di Sarawak memulakan perniagaan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang mengumumkan peruntukan itu semasa merasmikan Karnival Usahawan Rangkaian Dalam Talian (One) di sini berkata ia merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk membantu Sarawak.

Sementara itu SSM, dalam kenyataan berkata, usahawan terpilih akan menerima bantuan berbentuk peralatan bernilai RM3,000 setiap seorang untuk memulakan perniagaan.

Usahawan yang ingin memohon BizGrant hanya perlu melalui proses temuduga bagi memastikan mereka tergolong dalam kalangan usahawan yang benar-benar layak, kata SSM.

“SSM akan kembali ke Sarawak dalam waktu terdekat untuk melaksanakan Karnival BizFair bagi tujuan mengagihkan peruntukan di bawah BizGrant ini kepada usahawan Sarawak,” menurut kenyataan tersebut yang diedar kepada media semasa majlis itu di sini, hari ini.

Karnival tiga hari bermula semalam itu menampilkan 800 ruang pameran dan gerai jualan, di samping pakar dalam bidang keusahawanan serta selebriti usahawan terkenal untuk menyampaikan ilmu dan berkongsi kisah kejayaan mereka.

Leave a Reply

Top