Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2018 untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM234.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

“Ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion,” katanya.

Perdana Menteri berkata, di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

Beliau berkata, sebanyak RM119.82 bilion adalah untuk pemberian dan bayaran tetap manakala perbelanjaan lain pula diperuntukkan RM1.08 bilion dan RM577 juta untuk pembelian aset.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *