Oleh : Zabidi Saidi

KUALA LUMPUR, Azuan Che Lah dari UCAM, Melaka dan Hajah Ramlah Ahmad dari Pejabat RISDA Hulu Terengganu muncul sebagai juara lelaki dan wanita dalam Tilawah Al-Quran RISDA Peringkat Kebangsaan di ibupejabat RISDA di sini petang ini.

(Juara Dan Naib Juara – Qari)

Manakala naib juara dimenangi oleh Mahadie Mokhtar (RISDA Miri) dan Noraslina Mustafa (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Ibu Pejabat RISDA).

Mereka berdua menerima hadiah berupa pakej umrah bernilai RM6,000 manakala naib juara menerima hadiah berupa pakej umrah bernilai RM3,000 yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan dan Korporat RISDA,  YBHG Tuan Haji Ihwan bin Sudim.

                                                                   (Juara Dan Naib Juara- Qariah)

Tilawah ini merupakan acara tahunan RISDA, kali terakhir ia diadakan pada tiga tahun lalu. Majlis tilawah ini yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Korporat RISDA dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Badan Agama Islam RISDA (BARIS) wajar diberi pujian kerana ia mencungkil bakat baru dalam membaca al-quran dikalangan warga RISDA.

Majlis petang tadi turut dimeriahkan oleh ceramah agama oleh Pencetus Umah (PU) Yeop.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *