Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian pertukaran asing (forex) dialami Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1980-an dan 1990-an memulakan prosiding pertamanya, kira-kira pukul 9.35 pagi Selasa di sini.

Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang juga Pengerusi Petronas.

Datuk Suhaimi Ibrahim merupakan pegawai pengendali prosiding itu.

Peguam R. Sivarasah mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim (menteri kewangan ketika itu) sementara Mohamed Haniff Khatri bertindak sebagai peguam pemerhati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tan Hock Chuan pula merupakan bertindak sebagai pemerhati untuk Bank Negara.

Panel RCI itu bagaimanapun permohonan bantahan awal terhadap dua panel suruhanajaya itu atas isu berat sebelah.

Panel suruhanjaya menetapkan 10 hari bermula 21 Ogos ini bagi prosiding siasatan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *