KUALA LUMPUR, Penduduk dari negeri Kelantan merupakan bilangan calon yang paling ramai dilantik ke jawatan sokongan dan pengurusan perkhidmatan awam semenjak 2013 sehingga Jun 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk  Joseph Entulu Belaun berkata, seramai 17,806 calon dari negeri itu, daripada jumlah calon keseluruhan seramai 133,382 telah dilantik, sekaligus mendahului senarai calon dari negeri lain.

“Senarai itu diikuti negeri Sabah seramai 13,850 calon, Sarawak 13,845, Perak 12,517, Johor 11,848, Terengganu 10,676, Kedah 10,580, Kuala Lumpur 9,198 calon,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Joseph berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah lantikan ke dalam sektor perkhidmatan awam bagi jawatan sokongan dan pengurusan dari tahun 2013 sehingga Jun 2017.

Katanya lagi, dalam pada itu dari segi mengikut jantina pula wanita mengatasi lelaki.

“Seramai 80,625 calon perempuan telah dilantik berbanding seramai 52,657 calon lelaki,” katanya.

Katanya, pelantikan lebih ramai calon perempuan disebabkan permohonan oleh calon perempuan terutamanya graduan lebih ramai berbanding calon lelaki.

“Jumlah permohonan calon perempuan ialah 4,646,233 atau 58.28 peratus berbanding permohonan calon lelaki hanya sebanyak 3,326,494 atau 41.72 peratus,” katanya lagi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *