Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah kerana memiliki laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa kebenaran dan mendedahkannya kepada media.

Hakim, Zulqarnain Hassan membenarkan penangguhan bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan rayuan.

Rafizi didakwa memiliki halaman 98 laporan audit 1MDB tanpa kebenaran, yang mana beliau telah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan sekiranya dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan.

Rafizi didakwa memiliki halaman 38 laporan audit 1MDB tanpa kebenaran, yang mana beliau melanggar OSA 1972.

Beliau dikatakan melakukan kesalahan itu di lobi Parlimen di Jalan Parlimen di sini, pukul 3 petang 24 Mac tahun ini.

Rafizi, 39, turut didakwa kerana mendedahkan kandungan laporan audit pada halaman yang sama menerusi sidang media 28 Mac lalu.

Pada 8 April lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah kerana melanggar OSA. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 bagi sebutan semula kes.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *