Qatar telah mengemukakan aduan undang-undang rasmi terhadap Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) berhubung embargo yang dikenakan oleh Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu pada 5 Jun lalu selepas mendakwa ia menyokong keganasan.

Pengumuman itu dibuat wakil Doha, Ali Alwaleed al-Thani, kelmarin yang turut menuntut rundingan dengan dengan ketiga-tiga negara tersebut untuk membincangkan dan menjelaskan kesahihan langkah yang dikenakan ke atas Qatar.

Permintaan rasmi itu sekali gus menetapkan tarikh akhir selama dua bulan kepada negara Teluk Parsi terbabit untuk menyelesaikan krisis itu atau berdepan tindakan undang-undang di WTO dan mengenakan sekatan perdagangan yang berpotensi di bawah langkah tit-for-tat.

“Kami sering mencadangkan sesi dialog untuk menyelesaikan kemelut politik tersebut,” katanya.

Difahamkan, Mesir yang turut memboikot Doha tidak termasuk dalam aduan itu berikutan ia tidak mengusir rakyat Qatar atau meminta warga mereka meninggalkan negara tersebut.

Dalam perkembangan lain, Qatar Airways dijangka mempunyai akses ke tiga laluan kontingensi di perairan antarabangsa pada awal bulan ini.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat delegasi yang membincangkan koridor udara untuk Doha selepas ia berdepan sekatan negara kuasa besar Arab.

“Dalam tempoh seminggu, Qatar Airways akan mempunyai laluan baharu,” menurut sumber Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). – Agensi

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *