MH Online

Laman Suara Rakyat

Pusat Perangi Ideologi Pelampau Dilancar

Pusat Global untuk Memerangi Ideologi Pelampau (GCCEI) bertujuan menggalakkan kesederhanaan dan menentang penyebaran ekstremisme dilancarkan di sini, kelmarin.

Setiausaha Agung pusat itu, Nasir al-Biqami memberitahu, penubuhannya adalah hasil kerjasama antara negara Islam yang percaya akan kepentingan memerangi keganasan.

“Ia akan memantau dan menganalisis sebarang kandungan pelampau dengan cara mengesan beberapa bahasan dan dialek yang biasa digunakan untuk menyebarkan ideologi tersebut. Proses tersebut hanya mengambil masa singkat selama enam saat.

“GCCEI juga akan membangunkan teknologi kecerdasan buatan untuk menentukan lokasi bagi menjejaki akar umbi ekstremisme,” katanya.

Pusat digelar Etidal atau ‘sederhana’ itu melibatkan kerjasama antarabangsa dalam memerangi keganasan dan meningkatkan dialog yang membina untuk menangani masalah itu.

Pemilihan lembaga pengarahnya terdiri daripada 12 anggota dari negara dan pertubuhan berbeza. – Arab News