Berpuluh-puluh pelancong terpaksa bermalam di dalam kereta kabel akibat terkandas pada ketinggian 3,800 meter di atas banjaran Alps di Perancis selepas perkhidmatan itu masalah teknikal pada petang Khamis.

Ketua wilayah Haute-Savoie, Georges-Francois Leclerc berkata, pada awalnya, seramai 110 orang terperangkap di dalam 36 buah kereta kabel tetapi 65 mangsa berjaya diselamatkan menggunakan helikopter.

Bagaimanapun usaha mengeluarkan baki 45 pelancong terpaksa ditangguhkan ekoran cuaca gelap dan akan bersambung semula pada awal pagi Jumaat.

“Kumpulan pertama mangsa diselamatkan dalam tempoh sejam setengah walaupun kami berdepan banyak kesukaran,” katanya seperti dilaporkan BBC.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Pasukan penyelamat dari Itali dan Switzerland turut terlibat dalam operasi menyelamat itu dengan menggunakan tiga buah helikopter.

Perkhidmatan kereta kabel itu menjadi pilihan pelancong untuk melihat pemandangan menarik Gunung Blanc yang terletak di selatan Perancis.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *