Perbadanan PR1MA Malaysia telah menandatangani perjanjian muktamad dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk membangunkan dua blok apartmen di atas tanah seluas 3.33 hektar milik TNB di Kajang.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, di bawah pelan pembangunan itu, yang dijangka siap pada akhir 2019, satu blok akan diberikan kepada TNB untuk kakitangannya dan satu lagi akan dijual PR1MA.

“TNB adalah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melangkah ke depan untuk bekerjasama dengan kami dalam menyediakan rumah PR1MA untuk kakitangan TNB di samping rakyat yang layak.

“Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak kerjasama dengan GLC lain, pemaju hartanah serta kerajaan dan agensinya yang mempunyai tanah di lokasi baik, bagi membangunkan lebih banyak rumah PR1MA pada masa depan,” katanya kepada pemberita pada majlis pemeteraian perjanjian itu di sini, Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyaksikan majlis berkenaan.

Setakat ini, syarikat anggota PR1MA telah meluluskan pembinaan 233,380 unit rumah di seluruh negara, dengan 84,132 unit dalam pelbagai peringkat pembinaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *