Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas dadah jenis ganja sebanyak 182kg bernilai kira-kira RM540,000 dalam beberapa serbuan di sekitar Jelutong, di sini Khamis.

Bertindak hasil maklumat dan risikan sejak seminggu lepas, sepasukan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang menahan seorang lelaki dalam sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jelutong pada pukul 12.30 tengah hari.

Sumber berkata hasil pemeriksaan terhadap lelaki berusia 37 tahun dan bekerja sebagai tukang paip itu, polis menemui sejumlah ganja sebelum menyerbu rumah suspek di kondominium berkenaan dan menahan isterinya berusia 30 tahun.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *