Polis Pulau Pinang akan menyiasat punca tumpahan cecair merkuri hingga menyebabkan beberapa rumah dan kelas sebuah sekolah di Tasek Gelugor terdedah kepada bahan kimia itu baru-baru ini.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata walaupun merkuri adalah bahan yang agak berbahaya kepada kesihatan, ia mudah didapati dan tidak tergolong dalam kategori bahan letupan.

“Merkuri bukanlah bahan hakisan atau letupan dan ia boleh dibeli (dengan mudah),” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Ikrar Bulanan Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini, hari ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *