Polis menyoal siasat Datuk Ambiga Sreenevasan selama kira-kira sejam di sini, Khamis berkaitan dengan Yayasan Masyarakat Terbuka (OSI) di mana ia sebahagian daripada Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF) yang diasaskan jutawan George Soros.

“Saya hanya tahu saya dipanggil sebagai bekas pengerusi Bersih berhubung dana dan OSI,” katanya.

Ambiga yang merupakan pengerusi Bersih 2.0 dari 2010 hingga 2013 berkata, beliau disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan melakukan aktiviti yang boleh menggugat demokrasi berparlimen.

“Mereka terus mendakwa kita mahu menggulingkan kerajaan. Ingin diperjelaskan bahawa tuntutan kita adalah pilihan raya yang bebas dan adil,” katanya ketika ditemui di luar ibu pejabat Bukit Aman pada Selasa.

Beliau berkata, dana untuk Bersih 2.0 merupakan fokus dalam siasatan dan isu tersebut bukan baharu kerana telah dibangkitkan sebelum ini pada 2012.

Menurut Ambiga, mereka telah membawa akhbar berbahasa Inggeris ke mahkamah berhubung dakwaan itu dan penerbitan berkenaan membuat permohonan maaf.

Tambahnya, Bersih sentiasa telus mengenai dana.

“Kita mahu menjelaskan bahawa Bersih 2.0 menerima dana AS$25,000 (RM110,675) dari OSI pada 2011, dan AS$9,690 (RM42,897) dari Institut Demokrasi Kebangsaan (NDI).

“Kedua-duanya digunakan dalam projek berkaitan dengan pilihan raya, dan OSI atau NDI tidak dilarang oleh kerajaan,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *