Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah disyaki heroin dan syabu bernilai RM20,500 di sebuah ladang kelapa sawit di Keratong, Muadzam Shah, dekat Rompin pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Azli Mohd Noor berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada pukul 3.20 pagi ketika sedang menunggu dalam kereta untuk urusan jual beli bahan terlarang itu.

Hasil pemeriksaan, katanya, polis menemui beg plastik mengandungi dadah jenis heroin seberat 862.32 gram dan syabu seberat 60.80 gram di bahagian belakang tempat duduk pemandu dan di bawah tempat duduk pemandu.

Polis turut merampas kereta jenis Proton Perdana yang dipandu suspek, katanya dalam kenyataan.

Menurutntya, hasil tindakan susulan, polis turut menyita sebuah kereta Honda Civic milik suspek, lima telefon bimbit pelbagai jenama serta empat buah motosikal, dipercayai hasil cagaran penagih untuk membeli dadah.

Beliau berkata hasil soal siasat mendapati lelaki itu dipercayai memperoleh bekalan dadah daripada seorang lelaki di Jasin, Melaka, untuk dijual di kawasan ladang Keratong 9, Muadzam Shah.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing lelaki itu mendapati positif dadah dan suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya1952, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *