PUTRAJAYA, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden memuat nqik gambarnya bersama Perdana Menteri itu dalam laman Facebooknya pagi ini.

“Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua,” katanya dalam mesej bersama gambar berkenaan.

Ahmad Zahid adalah pemimpin pembangkang kedua di Semenanjung yang bertemu Dr Mahathir selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beberapa hari lalu.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *