Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan RM2.3 billion untuk membangunkan Bagan Datuk di Perak.

Ahmad Zahid berkata peruntukan itu diluluskan melalui pelbagai kementerian, jabatan dan agensi untuk pembangunan kerohanian dan fizikal di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10) dan RMK11.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk menyifatkan keprihatinan kerajaan memberi peruntukan itu adalah bagi melengkapkan aspirasi rakyat terhadap Transformasi Nasional 2050 (TN50) di bawah lapan kluster.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri. Ini adalah kebenaran, bukan igaun atau mimpi. Ini ada dalam peruntukan RMK10 dan RMK11,” katanya pada Majlis Aspirasi TN50 @ Bagan Datuk di Taman Pameran Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini, hari ini.

Ia dihadiri oleh lebih 2,500 penduduk Bagan Datuk.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *