Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pesta Arak : Dr Maza Bidas Zaid

Pesta Arak : Dr Maza Bidas Zaid

Melalui akaun Facebook rasminya, DrMaza.com, Mohd Asri mempersoalkan tindakan Zaid mengaitkan poligami dengan pesta arak dalam kes berkenaan.

“Apa kaitan pula poligami yang halal dengan pesta arak? Tidakkah pesta arak itu menjerumus kepada perzinaan dengan wanita yang pasti mencemar kehormatan di sisi semua agama.

“Poligami yang bertanggungjawab mempunyai peraturan dan kewajipan sebagai suami dan isteri,” katanya melalui kenyataan berkenaan.

Mohd Asri berkata, jika seseorang itu enggan bersetuju dengan penganjuran pesta arak, tidak bermakna seseorang itu juga menolak hiburan.

“Betapa banyak golongan beragama yang turut berhibur dan bernyanyi dengan cara santun. “Mereka bukan sahaja bernasyid dan berselawat, tetapi juga menyanyi dan menari dengan kadar kesopanan sebagai manusia waras,” katanya.

Mufti Perlis itu berkata, bukan Islam mempunyai hak untuk meminum arak, tetapi penganjurannya akan memberikan kesan negatif kepada masyarakat awam.

BH Online semalam melaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta arak ‘Better Beef Festival 2017’ di ibu negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, berkata pihaknya menolak permohonan penganjuran pesta arak itu kerana ia disifatkan sebagai satu program yang sensitif, sekali gus mampu menimbulkan kemarahan masyarakat.

Bagaimanapun, DAP dilihat menyokong pesta arak berkenaan apabila Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim dilaporkan berkata, penganjurannya boleh diteruskan kerana ia tidak menyalahi undang-undang.

Leave a Reply

Top