Kerajaan buat pertama kali dalam sejarah negara memberi peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, berjumlah RM6.5 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sebanyak RM2.3 bilion diperuntukkan untuk bantuan dan insentif seperti baja serta input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan.

Sementara, kira-kira RM500 juta diperuntukkan bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang.

“Saya mendapat perkhabaran bahawa durian Malaysia, Musang King dijual RM800 sekilogram di Taiwan,” katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *