Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) ingin melihat perubahan besar dalam sektor pertanian negara selari dengan pelaksanaan Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, semua pihak termasuk agensi kerajaan serta petani perlu bekerja keras bagi membawa perubahan dari segi produktiviti serta kemajuan sektor berkenaan.

“Kerana itu kerajaan melalui MOA memperkenalkan GTN 2017 yang bakal dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 15 April ini di Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Degong.

“Kita ingin melihat golongan petani di negara ini melakukan perubahan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan apabila negara maju kelak,” katanya ketika berucap pada majlis Pra Pelancaran GTN 2017, di Kampung Sungai Batu, Sungai Manik, hari ini.

Menurut Tajuddin, dia ingin melihat perubahan berlaku dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang selepas GTN 2017 dilancarkan secara rasminya.

Sementara itu, lebih 3,000 penduduk kampung Sungai Manik bersama agensi kerajaan serta pelajar daripada pelbagai institusi hadir pada Pra Pelancaran GTN 2017.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *