Pasukan arkeologi berjaya mengorek struktur kuno Roman lengkap dengan laluan mozek dan perabot di tenggara Perancis.

Penemuan tersebut dibuat ketika pasukan berkenaan menyediakan kawasan seluas 7,000 meter persegi untuk pembangunan tiga bangunan moden di Sainte-Colombe, Vienne.

“Ini adalah penemuan hebat kerana ia penemuan terbesar peradaban Roman untuk tempoh 50 tahun,” kata pengurus saintifik pasukan, Benjamin Clement kepada CNN.

Katanya, mereka tahu kawasan tersebut mengandungi artifak tetapi tidak menyangka penemuan hebat berkenaan.

Struktur kuno tersebut dijangka berumur ratusan tahun lampau dan kerajaan Perancis mengarahkan kawasan tersebut dilindungi sehingga operasi mengorek selesai.

“Tanggungjawab kami adalah mendapatkan mozek, mengambil foto dan merekodkan jenis tanah,.

“Kami mempunyai sehingga dua tahun untuk membaik pulih penemuan ini sebelum diserahkan kepada kerajaan Perancis,” akhiri Benjamin.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *