Penyiasat antarabangsa, kelmarin melancarkan usaha memburu dalang bertanggungjawab melancarkan serangan siber yang telah menjejaskan sistem bank, hospital dan agensi kerajaan di 100 negara pada Jumaat lalu.

“Insiden penggodaman itu adalah pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan memerlukan siasatan kompleks antarabangsa untuk mengenal pasti penggodam terbabit,” kata jurucakap Agensi Polis Eropah, Europol.

Menurutnya, satu pasukan petugas khas di Pusat Jenayah Siber Eropah telah ditubuhkan untuk membantu, selain memainkan peranan penting dalam menyokong siasatan tersebut.

Sementara itu, ketua pegawai penyelidik di syarikat keselamatan siber berpusat di Helsinki, F-Secure, Mikko Hypponen menyifatkan ia adalah serangan ransomware terbesar dalam sejarah melibatkan kira-kira 130,000 sistem termasuk di Sepanyol, Perancis dan Rusia.

Difahamkan, serangan siber tersebut telah menggunakan virus ransomware bertujuan ‘mengganggu’ sistem keselamatan operasi Microsoft dan mengunci seberapa banyak fail pengguna.

Ia turut menuntut pengguna membuat bayaran seperti ditetapkan dalam jumlah mata wang maya Bitcoin jika mahu mengakses semula fail yang dikunci itu.

Virus tersebut dipercayai merebak dengan cepat kerana penggodam menggunakan kod digital yang dibangunkan Agensi Keselamatan Kebangsaan di Amerika Syarikat yang kemudiannya dibocorkan sebagai sebahagian daripada tempat pembuangan dokumen lapor Agensi.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *