Seorang pengurus besar adalah antara tiga pegawai tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan ke atas dakwaan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ketiga-tiga mereka, termasuk pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif syarikat telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 10.50 pagi Jumaat.
Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan suspek berusia 56 tahun itu di kediamannya di Seremban kira-kira pukul 9.35 pagi Khamis.

“SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM30,000 dan tiga kenderaan iaitu dua kereta jenis Audi TT, Toyota Hilux dan sebuah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson milik suspek di kediamannya.

“SPRM juga telah membeku beberapa akaun bank milik suspek dan isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah kira-kira RM2.5 juta yang disyaki diperolehi secara rasuah,” kata sumber itu.

Suspek mempunyai tiga anak.

Siasatan awal mendapati suspek mengamalkan gaya hidup mewah di luar kemampuannya.

Beliau juga dikatakan telah mengumpul sekurang-kurangnya sembilan hartanah mewah bernilai RM8 juta.

Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif itu pula ditahan pada tengah malam apabila mereka hadir ke ibu pejabat SPRM untuk merekod keterangan.
Mereka ditahan reman di bawah Seksyen 17A (a) Akta SPRM.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *