Penerangan UMNO Malaysia akan menganjurkan Dialog Perjuangan4all berbentuk townhall ke seluruh negara bermula dengan Parlimen Wangsa Maju pada Ahad ini.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata pendekatan baharu itu bertujuan memberikan penjelasan kepada masyarakat umum dan akar umbi mengenai kejayaan dasar transformasi Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan dasar pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita juga ingin memberi penjelasan mengenai relevan kepentingan roh dan semangat perjuangan UMNO/BN, sejarah kewujudan UMNO/BN, serta mengapa UMNO/BN perlu dikekalkan sebagai kerajaan untuk masa-masa akan datang,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata program di Parlimen Wangsa Maju di Dewan Kompleks Yayasan Wangsa Perdana Taman Ibu Kota, di sini akan bermula pada 8 malam.

Katanya, tiga ahli panel yang terlibat dalam dialog itu ialah beliau sendiri, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Datuk Rosni Zahari dan Exco Pemuda UMNO Shahril Suffian Hamdan.

Dialog itu dijangka dihadiri 500 orang terdiri daripada pemimpin masyarakat, pemimpin pelajar, pemimpin NGO setempat dan aktivis belia, katanya.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *