PALESTIN, Laporan terbaru menunjukkan skala aktiviti penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin telah meningkat hampir tiga kali ganda pada separuh pertama 2017 berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Data itu dikeluarkan Pejabat Negara untuk Pertahanan Tanah dan Bantahan Penempatan Haram Palestin menerusi laporan minggu yang diterbitkan, kelmarin.

Awal minggu lalu, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dilaporkan menghadiri majlis peletakan batu asas untuk projek pembinaan 1,000 unit rumah baharu di penempatan haram Beitar Ilit berhampiran Baitulaham di Tebing Barat.

Difahamkan, struktur baharu itu dibina untuk penduduk Israel yang diusir dari penempatan haram Amona yang dirobohkan selepas diarahkan oleh Mahkamah Agung.

Sejak beberapa bulan lalu, Tel Aviv telah meningkatkan aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi yang secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa dan Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB, lapor Press TV.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *