SYRIA. Usaha memindahkan ribuan penduduk Aleppo di Syria, terus dijalankan setiap masa selepas gencatan senjata dilaporkan telah dilaksanakan sepanjang malam semalam.

Menurut laporan media tempatan, konvoi pertama ambulans dan bas membawa hampir 1,000 orang meninggalkan bandar Aleppo sebelum dua lagi konvoi dengan 15 bas bergerak keluar dari kawasan sama.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah memberitahu, kira-kira 3,000 orang awam dan lebih 40 yang cedera termasuk kanak-kanak telah dipindahkan.

“Ribuan orang terdesak untuk berpindah, tetapi keutamaan diberikan kepada mereka yang cedera, sakit dan kanak-kanak termasuk anak yatim,” menurut Penasihat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Syria.

Difahamkan, lebih 50,000 orang berada di Aleppo di mana kira-kira 10,000 daripada mereka akan dipindahkan ke wilayah Idlib dan selebihnya dibawa ke bandar lain yang dikawal kerajaan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *