ISKANDAR PUTERI, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan hubungan baik kerajaan pusat dan kerajaan negeri antara penyumbang kepada pembangunan menakjubkan yang dialami Johor.

“Sebenarnya tidak payah beritahu sebab saya dah tahu pasal kemajuan yang begitu memberangsangkan yang dicapai Johor, malah saya pernah mengungkapkan ayat yang saya anggap ‘Johor a new economic powerhouse’ (Johor satu kuasa ekonomi baharu) untuk negara Malaysia.

“Ini satu pengiktirafan jelas iaitu kadar pertumbuhan malah nadi pertumbuhan negara berpusat dan dari Johor,” katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Najib berkata ekspo itu diadakan tepat pada waktunya kerana dapat memberikan maklumat lebih jelas dan terperinci ketika ada pihak tertentu cuba mengelirukan rakyat.

“Atau seperti Menteri Besar (Johor) (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) cakap (mereka mendakwa) kita cuba jual kebatilan, harapan dan janji.

“Sebenarnya kerajaan kita tidak perlu jual harapan dan janji sebab kita sudah laksanakan. We are not promising but we are actually delivering (Kami bukan berjanji tetapi kami sebenarnya sedang menunaikan),” kata Najib.

Perdana Menteri turut melancarkan kemudahan pengangkutan awam Bas Rapid Transit, Pelan Induk Kemahiran Johor, Program Perumahan Rakyat dan Dasar Kelestarian Negara pada majlis itu yang dihadiri sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Majlis turut dihadiri Mohamed Khaled dan barisan Exco kerajaan negeri.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *