Anda di sini!
Utama > Sukan > Pemain Kami Akan Kekal Termasuk Lemar

Pemain Kami Akan Kekal Termasuk Lemar

Arsenal sudah boleh melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah AS Monaco, Thomas Lemar yang menjadi buruan sejak lebih sebulan lalu.

Lemar dan juga seorang lagi bintang Monaco, Kylian Mbappe berada dalam radar bos Arsenal Arsene Wenger sepanjang musim perpindahan kali ini dengan harapan membawa dua pemain tersebut ke Emirates.

Namun Timbalan Presiden Monaco, Vadim Vasilyev mengesahkan bahawa pemain berusia 21 tahun itu akan kekal di kelab Perancis tersebut.

“Kami perlu mengekalkan semua pemain utama dan saya akan menjawab tentang spekulasi yang menyelubungi Thomas Lemar.

“Dia kekal bersama kami. Dia memiliki bakat besar dan amat penting buat pasukan,” katanya.

Setakat ini, Wenger hanya membeli penyerang Lyon, Alexandre Lacazette dengan nilai perpindahan tertinggi kelab tersebut, 52 juta pound sterling.

Sead Kolasinac pula menyertai The Gunners secara percuma.

Leave a Reply

Top