Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis mengumumkan 39 pertukaran dan penyelarasan pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 15 Mei depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, SAC Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan berkata, pertukaran itu antara lain melibatkan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman CP Datuk Tajudin Md Isa dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman yang baharu.

Tempat beliau diambil alih SAC Datuk Zulkifli Mohamed dengan memangku jawatan DCP yang sebelum ini merupakan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, ACP Azizi Mat Aris akan mengambil alih jawatan Zulkifli dengan memangku pangkat SAC.

Kenyataan itu turut memaklumkan Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah), Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman, DCP Datuk Huzir Mohamed akan bertukar jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Ketua Perhubungan Antarabangsa Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohamad Anil Shah Abdullah akan bertukar jawatan sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPK Pulau Pinang.

Selain itu, Penolong Pengarah Risikan (STAFOC) Skuad Taktikal Khas 1 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Lim Meng Seah akan bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Miri, Sarawak.

Supt (D8) Operasi Taktikal Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Supt Azmi Abdul Rahim akan mengambil alih jawatan Lim dengan memangku pangkat ACP.

 

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *