Pasukan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir di Menara Felda di sini pagi Rabu, dipercayai untuk mengambil beberapa dokumen yang boleh membantu siasatan berhubung pembelian hotel di London, United Kingdom dan di Kuching, Sarawak oleh Felda Invesment Corporation (FIC).

Pasukan penyiasat yang dianggotai empat pegawai itu tiba di Menara Felda pada kira-kira 10.17 pagi.

Petugas media yang mendapat maklumat mengenainya berkumpul di pintu masuk utama bangunan itu sejak 9 pagi untuk membuat liputan perkembangan terkini perkara itu.

Pada Jumaat lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel di Kuching itu yang disyaki dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada pasaran.

Setakat ini, lima individu sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan pada 2014.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian hotel di Kuching susulan maklumat yang diterima oleh pasukan penyiasat ketika menjalankan siasatan terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *