PAS menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tindakan parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana menyokong Barisan Nasional.

“Tidak benar, tidak benar,” demikian kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menafikan dakwaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dakwaan itu dibuat pada Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu.

Ditanya sama ada dakwaan Dr Mahathir itu adil, Abdul Hadi berkata: “Terpulanglah pada dia.”

Beliau bagaimanapun mengakui, PAS menyokong sesetengah ideologi Umno.

“Ya, memang ada beberapa perkara yang kami sokong, tetapi kami tak boleh sokong kesemuanya,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun tidak memberi maklum balas apabila ditanya sama ada PAS akan menyertai Pakatan Harapan.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *