Parti Alternatif Rakyat (PAP) mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menyelesaikan segera siasatan berhubung status DAP sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Pengerusinya Rahmad Isahak berkata siasatan sudah terlalu lama sehingga menjangkau lebih tiga tahun dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku melainkan DAP telah mengatasi bidang kuasa RoS.

Beliau mendakwa status anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang hingga kini belum mendapat pengiktirafan menggambarkan seolah-olah RoS tidak profesional dalam melakukan siasatan terhadap parti itu.

Dengan kedudukan itu, DAP sebenarnya tidak boleh meluluskan keanggotaan parti atau mengutip yuran daripada anggotanya, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

RoS sebelum ini mengarahkan pemilihan CEC diadakan semula selepas wujud dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi pada pemilihan 15 Dis 2012.

Pemilihan semula CEC pada 29 Sept 2013 juga belum diiktiraf selain mendapat bantahan daripada bekas anggota parti itu yang mendakwa menerima undi daripada perwakilan sedangkan tidak lagi menjadi ahli DAP.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *