Share on Facebook

JOHOR BAHRU, Polis Johor menahan 31 individu atas pelbagai kesalahan menerusi 21 serbuan Operasi Cantas Khas tengah malam tadi hingga pagi ini bagi membanteras kegiatan kumpulan kongsi gelap di negeri ini.

Menerusi catatan dalam laman Facebook, Polis Johor memberitahu bahawa kesemua mereka ditahan setelah pemeriksaan dilakukan terhadap 257 individu mulai 12 malam hingga 6 pagi tadi.

Operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Johor itu menyasarkan premis atau pusat hiburan yang menjadi tempat pertemuan ahli-ahli kongsi gelap.

Ia dilaksanakan bagi membanteras dan mengekang serta melumpuhkan kegiatan jenayah kekerasan, jenayah jalanan dan jenayah bersindiket yang melibatkan semua jenis elemen jenayah.

Polis Johor turut menegaskan bahawa ia akan membanteras mana-mana kumpulan yang cuba menimbulkan kekacauan dan ketakutan kepada masyarakat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *