Nombor telefon peribadi sebahagian besar ahli politik Australia secara tidak sengaja diterbitkan dalam talian, lapor Fairfax Media.com.

Antara nombor telefon peribadi yang terpapar pada laman web kerajaan termasuk nombor telefon bekas perdana menteri negara itu.

Difahamkan, maklumat itu terdedah di laman web berkenaan lebih tempoh tiga bulan.

Butiran tersebut dikatakan tidak kelihatan atau muncul di skrin sehinggalah ia ditonjolkan dengan kursor atau disalin dan ditampal di tempat lain.

Menurut Fairfax lagi, kesilapan tersebut memberi kesan buruk terhadap Ketua Pembangkang Bill Shorten dan bekas Perdana Menteri, Julia Gillard.

Bagaimanapun difahamkan lagi, Jabatan Perkhidmatan Parlimen laman web (DPS), maklumat tersebut telah dibuang daripada laman itu.

Dalam satu kenyataan kepada BBC, laporan yang mengandungi nombor telefon ahli Parlimen dan perbelanjaan data itu dicipta oleh kontraktor swasta, TELCO Management.

“Dalam laporan yang paling terkini yang disediakan oleh kontraktor, telah berlaku kesilapan yang menjadikan nombor telefon mudah alih rasmi ahli-ahli parlimen dan kakitangan muncul dalam laman web itu walaupun telah disunting dari fail yang diterbitkan,” kata seorang jurucakap DPS.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *