Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) akan memperkenalkan pasport keselamatan untuk pengamal media dengan kerjasama organisasi media kerajaan serta swasta.

Pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, langkah itu mampu meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) serta mengurangkan kemalangan dalam kalangan warga media di seluruh negara.

Menurutnya, pihaknya akan berbincang dengan organisasi media bagi menentukan modul latihan perlu diambil pengamal media sebelum mereka peroleh pasport berkenaan.

“Organisasi media perlu contohi industri lain dengan melaksanakan program pasport keselamatan seperti diguna pakai industri petroleum dan telekomunikasi serta syarikat besar seperti Tenaga Nasional Berhad dan Plus Malaysia Berhad,” katanya selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Untuk Warga Media (OSH for Media 2017) di ibu pejabat Niosh, semalam.

Turut hadir, Pengarah Eksekutif Niosh, Zahrim Osman.

Lam Thye berkata, melalui program tersebut, petugas media akan pelajari aspek keselamatan dan kesihatan, selain tahu menganalisis risiko kerja yang akan dilalui dan mengambil langkah keselamatan serta kesihatan, bersesuaian dengan keadaan semasa menjalankan kerja.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *