Penyanyi Nick Jonas mengakui pernah cuba mengoda penyanyi terkenal Rihanna dalam sebuah acara hiburan.

Biarpun Rihanna tidak termakan godaan tersebut, Nick berkata, dia sangat gembira dapat berbual kosong dengan penyanyi wanita itu.

“Saya pernah cuba menggoda Rihanna dalam sebuah majlis hiburan. Sayangnya tidak berhasil, namun saya gembira dapat berbual dengannya,” ujarnya seperti dipetik Sun Newspaper.

Tambahnya, dia juga mengakui bau wangian dipakai wanita tersebut terlalu harum membuatkan dia berasa selesa ketika berbual.

Nick Jonas sebelum ini pernah menggoda artis terkenal seperti Kate Hudson dan Lily Collins.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *