Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming menafikan memuat naik gambar yang didakwa menghina umat Islam dalam satu ucapan Hari Raya di Facebook miliknya dengan mendakwa beliau menjadi mangsa cybertrooper.

“Saya tidak pernah memuatnaik atau melukis karikatur itu sebaliknya saya menjadi mangsa cybertrooper yang terlibat dengan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan dalam memburuk-burukkan DAP,” kata Nga dalam satu kenyataan pada Ahad.

Polis memulakan siasatan ke atas laporan yang mendakwa Ahli Parlimen Taiping itu menghina umat Islam dengan menyiarkan mesej Aidilfitri berbentuk penghinaan pada Selasa.

“Saya menghormati Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan saya bertekad untuk menegakkan prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai Ahli Parlimen,” kata Nga sambil menambah beliau bersedia membantu siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beberapa laporan polis dibuat terhadap kenyataan itu dan Nga mungkin akan disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan 1948.

Pada 5 Julai lalu, ucapan selamat hari raya yang didakwa dimuat naik oleh Ahli Parlimen DAP itu di laman rasmi Facebook miliknya tertera ayat In God We Trust dan Lord Guide Our Nation Back To You sambil menyertakan gambar rumah api yang dianggap sebagai simbol Kristian dengan berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat serta imej ta­ngan berdoa.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *