PASIR PUTEH, Bantahan terhadap penganjuran pesta arak bukan disebabkan politik, sebaliknya kerana kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata isu arak juga perlu dilihat dari pelbagai aspek, khususnya kesan buruk bahan memabukkan itu.

“Negara kita ada peraturan dan perlembagaannya di mana Islam adalah agama Persekutuan. Jangan jadikan ia (pesta arak) umpan politik sehingga sanggup menafikan hak asasi rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kayuhan Santai Bijak Sedekah dan IPT Road Tour 2017 di Sekolah Kebangsaan Gong Garu, Gaal, di sini hari ini.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu turut dihadiri Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Othman Mustapha dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *