Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia, melantik Ivan Kuan Thai Woon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan ia berkata Ivan akan memantu jenama KIA dan melapor terus kepada CEO Kumpulan Automotif Datuk Samson Anand George.

Ivan memiliki pengalaman luas dalam bidang jualan dan pengurusan saluran pengedaran, termasuk pemasaran dan proses pengurusan jenama.

Kerjaya perniagaan beliau bermula dengan perniagaan keluarga dalam industri automotif, memperoleh projek pengedaran dan meluaskan rangkaian perniagaannya.

Jawatan terakhir beliau di MyEG Trade Sdn. Bhd. menyaksikan pembangunan portfolio pajakan kereta di bawah jenama itu, katanya.

Naza Kia ialah anak syarikat Naza Corporation Holdings.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *